Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama-tama sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua perwakilan dan anggota KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD yang telah memberikan kepercayaan kepada saya. Mandat yang diberikan kepada saya amatlah dihargai dan saya akan terus berusaha untuk menyampaikan, melaksanakan dan apa juga yang termampu untuk kebaikan KOSWIP agar kita akan dapat menikmati kemajuan seiring dengan agenda KOSWIP didalam Transfomasi ke arah lebih sempurna.
Didalam usaha kita mengejar kemajuan KOSWIP yang kita inginkan, saya dengan rasa rendah hati dan diri memohon agar kita sentiasa memelihara ikatan ukhwah dan saling bekerjasama diantara satu dengan yang lain untuk membina satu ikatan perpaduan yang kukuh dikalangan semua pihak seperti mana di ibaratkan “berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing” didalam mencapai segala usaha yang kita impikan.
Kerjasama yang jitu diantara kita pastinya akan dipermudahkan segala usaha kita. Sebagaimana yang dituntut didalam agama kita bahawa Islam membentuk kita supaya menjadi umat yang yang bersatu dan bukan sahaja beriman dengan tuhan yang satu, tetapi juga berpegang dengan kitab yang satu, melakukan ibadah yang satu menghadap ke arah satu kiblat, mengikut manhaj atau method yang satu dan menuju ke arah matlamat yang satu.
Dalam masa yang sama, sebarang bentuk perpecahan hendaklah kita tangani dengan sebaiknya, Perpecahan diantara kita merupakan langkah ke arah kelemahan dan kehancuran umat. “dan janganlah kamu bersengketa, kerana dengan persengketaan akan menyebabkan kamu hilang kekuatan kamu.” (Surah Al-Anfal, ayat 46).
Jesteru itu, bersama mandat yang telah diberikan, saya akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memastikan segala impian anggota kita akan tercapai dengan IzinNya, Akhir kalam dari saya, sekali lagi dengan rasa rendah diri, Saya mengucapkan jutaan terima kasih saya bagi pihak Barisan ALK KOSWIP kepada semua perwakilan khasnya.
Dengan demikian, yang lemah itu datangnya daripada saya sendiri dan yang Maha Terbaik itu dari Allah SWT dan sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah SWT juga sebaik baik perlaksana dan perancang.
Marilah bersama saya dan juga bersama-sama yang lain berganding bahu untuk memberikan satu gabungan yang mantap didalam usaha kita untuk memajukan KOSWIP kita sayangi ini. Idea dan pandangan yang baik daripada perwakilan amatlah di alu-alukan demi kebaikan bersama.
Sekian,
Terima Kasih.
Dato’ Khairul Walid bin Mohamed
Pengerusi
Koperasi Koswip Malaysia Berhad
Blok A -01-01 & A-01-02
Pantai Business Center
Jalan Pantai Baharu
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03 2201 0009
Fax : 03 2201 3312
Waktu Pejabat
Isnin - Jumaat
9 Pagi - 5 Petang