Pengenalan

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad

Sejarah KOSWIP

Pada masa dahulu kakitangan kerajaan yang menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup ekoran dari penerimaan gaji bulanan yang rendah akan mengadu nasib dengan meminjam wang daripada ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa yang sering mengambil kesempatan.Mereka ini merasa ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak yang berkuasa tersebut. Ekoran itu segelintir kakitangan kerajaan terdiri dari kaum India kebanyakannya telah bersepakat dan membuat keputusan untuk menubuhkan koperasi.Lantas koperasi ditubuhkan pada tahun 1922 dibawah naungan British bagi membendung masalah yang dihadapi oleh kakitangan kerajaan yang ditindas oleh ceti-ceti haram dan pihak-pihak yang berkuasa. Setahun kemudian Koperasi Koswip Malaysia Berhad juga telah didaftarkan pada 27 Julai 1923 .

Nama asalnya ‘The Selangor Government Servant Cooperative Thrift And Loan Society Limited” dengan nombor pendaftaran 4/1923 dan menghadapi beberapa kali pertukaran nama seiring dengan masa dan kehendak pada ketika itu. Perubahan nama buat kali keduanya berlaku pada tahun 1964 dengan nama “Syarikat Berkerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad” dan sekali lagi bertukar nama pada tahun yang sama (1964) kepada nama “Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor Tanggungan Berhad”.Pada 19 April 1996 nama koperasi ditukar lagi kepada “Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Berhad” atau dengan nama lain ialah Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dan ini kekal sehingga kini.

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad merupakan salah sebuah koperasi tertua yang ditubuhkan di Negeri Selangor di bawah Undang-undang Negeri Melayu Bersekutu bagi syarikat kerjasama tahun 1922. Usia KOSWIP setahun lebih muda jika dibandingkan dengan penubuhan gerakan koperasi. Dahulunya koperasi KOSWIP Malaysia Berhad beroperasi untuk kakitangan kerajaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan diperluaskan ke Wilayah Putrajaya dan kini ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Negeri. Segala aktiviti dan fungsi perjalanan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad adalah tertakluk kepada Akta Koperasi 1993, Peraturan-peratura Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi Koswip Malaysia Berhad serta aturan-aturan yang dibuat oleh anggota Lembaga dari semasa ke semasa .Dahulunya di awal penubuhan Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad pada tahun 1923, anggotanya berjumlah 138 orang terdiri dari kalangan kaum India kebanyakannya diikuti oleh kaum Melayu dan Cina serta lain-lain bangsa. Kini statistik daftar maklumat anggota Koperasi KOSWIP pada 31 Disember 2013 menunjukkan jumlah anggota seramai 18,741 orang.

Koperasi KOSWIP

Blok A -01-01 & A-01-02

Pantai Business Center

Jalan Pantai Baharu

59200 Kuala Lumpur

Tel : 03 2201 0009

Fax : 03 2201 3312

Waktu Pejabat

Isnin - Jumaat

9 Pagi - 5 Petang

Cawangan Putrajaya

A-01-U08,

Jalan P8D

62250 Presint 8

Putrajaya

Tel : 03 8888 4011

Fax : 03 8888 4022